Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.muat] | برموات

Definisi : 1. berisi atau diisi dgn: tiap-tiap perahu itu ~ dgn tiga puluh orang; adapun kapal-kapal sekalian itu ~ askar dan Supai orang Benggali; 2. sl mengisi atau memung­gah barang (ke kapal, perahu, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.muat] | برموات

Definisi : berisi atau diisi (dgn): Kapal itu ~ gula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermuat

Puisi
 

Sampan kotak perahu Cina,
     Sarat bermuat ubi keladi;
Rusa ditembak pelanduk kena,
     Kenapa pula kijang yang mati?


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Penyapu diikat sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Perahu papan bermuat intan, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpati dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSarat bermuat dari seberang, Patah tiang kayu kelat; Adakah kucing cintakan musang, Ayam terbang tikus melompat.
Kurik Kundi Merah SagaSampan kotak perahu Cina, Sarat bermuat ubi keladi; Rusa ditembak pelanduk kena, Kenapa pula kijang yang mati?
Kurik Kundi Merah SagaKapal Acheh terlenang-lenang, Sarat bermuat barang dagang; Masih berdendam kasih sayang, Jangan dicampur dengan kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaKain berkocak jong sarat, Jong bermuat geluk kaca; Bau wangi dalam surat, Dicium dulu baru dibaca.
Kurik Kundi Merah SagaKain berkocak jong sarat, Jong bermuat geluk kaca; Bau wangi dalam surat, Dicium dulu baru dibaca.
Kurik Kundi Merah SagaKain corak bertali tangsi, Sampan sarat bermuat barang; Awan berarak ditangisi, Badan melarat di rantau orang.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu payang belayar ke seberang, Sarat bermuat kayu jati; Kalau menumpang kekasih orang, Tentu tak dapat kehendak hati.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Arab pulang ke Jeddah, Sarat bermuat si langit-langit; Harap saya bukannya mudah, Seberat bumi dengan langit.
Kurik Kundi Merah SagaKapal berlabuh di Tanjung Puri, Kapal bermuat si kayu manis; Bila terpandang cincin di jari, Sedih hati lalu menangis.

Kembali ke atas