Kurik Kundi Merah Saga | Orang Jawa bersampan panjang, Sarat muatan antah padi; Kalau sudah berkasih sayang, Ilmu tidak berguna lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Yang seorang tidak bersampan, Sampan ada tebing seberang; Hendak berkawan tidak berkawan, Kawan sudah diambil orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak makan tidak berikan, Ikan lumba makan juga; Hendak berkayuh tiada bersampan, Hati rindu kutahan juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nak makan tidak berikan, Ikan dulu makan juga; Hendak berkayuh tidak bersampan, Hati rindu ditahan juga. |