Kurik Kundi Merah Saga | Orang bandar bersanggul dua, Orang barat bersanggul lintang; Alangkah baik berbini tua, Perut kenyang pengajaran datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dalam padi ada kaca, Nampak putih bunga keduduk; Nak buat apa bersanggul caca, Indah lagi bersanggul duduk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah durian dibelah dua, Mari kutaruh dalam perahu; Orang perempuan bersanggul dua, Mari kucium orang tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah durian dibelah dua, Mari kutaruh di dalam upih; Orang perempuan bersanggul dua, Kalau bercakap terlalu lebih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung puyuh meniti di batang, Batang manggis condong ke paya; Kebaya labuh bersanggul lintang, Senyum manis di pagi raya. |