Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sua] | برسوا

Definisi : 1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daun­nya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5. = tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat (ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sua] | برسوا

Definisi : 1 datang saling mendekati; bertemu muka: Itulah pertama kali saya ~ dgn dia. 2 bertemu dgn sesuatu (apa-apa yg dicari dll); berjumpa dgn tidak disangka-sangka: Jika ~ dgn penjajah itu, bunuhlah dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sua
Kata Terbitan : bersua, menyuakan, mempersuakan,

Puisi
 

Bunga ros bunga melati,
     Bersama dengan bunga cempaka;
Bila bersua idaman hati,
     Luput segala hati nan duka.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bersua baji dengan matan.

Bermaksud :

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahan baji oleh kelidai). matan = teras.

 

Lihat selanjutnya...(9)

306

Let bygones be bygones

Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones.

Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKuda bergenta tidak, Sempuyuh di dalam padi; Bersua adik bersapa tidak, Hancur luluh di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaBunga ros bunga melati, Bersama dengan bunga cempaka; Bila bersua idaman hati, Luput segala hati nan duka.
Kurik Kundi Merah SagaSarang tempua di Kelumpang, Berisi ular tampung hari; Kok nak bersua sama seorang, Datang ke ladang tengah hari.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna berkaki dua, Kalau tidak berjalan lagi; Apa guna kita bersua, Kalau tidak bersembahyang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPergi bersiar di Padang Kota, Udaranya nyaman di malam hari; Lembaran bersua di ruangan mata, Alamat takzim salam diberi.
Kurik Kundi Merah SagaIkan buntal tidak bersengat, Mari jatuh atas titi; Tepuk bantal panggil semangat, Ingin bersua dalam mimpi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina minum ramsih, Minumlah minum muka pintu; Kenapa abang berasa sedih, Kami bersua mereka lagu.
Kurik Kundi Merah SagaTelah masak rambai nan manis, Tidak boleh nan muda lagi; Telah bengkak mata menangis, Emak tak dapat bersua lagi.

Kembali ke atas