Kurik Kundi Merah Saga | Encik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan turun di rimba belukar, Anak itik dikepung nyonya; Bertahun-tahun gunung terbakar, Embun setitik jadi pemadamnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selasih jangan tinggi, Kalau tinggi berdaun jangan; Kekasih jangan pergi, Kalau pergi bertahun jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selasih jangan tinggi, Kalau tinggi berdaun jangan; Kekasih jangan pergi, Kalau pergi bertahun jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang selasih janganlah tinggi, Jikalaulah tinggi berdaun jangan; Jika kekasih hendak pergi, Jika pergi bertahun jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang selasih janganlah tinggi, Jikalaulah tinggi berdaun jangan; Jika kekasih hendak pergi, Jika pergi bertahun jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambilkan saya buah delima, Masak sebiji di balik daun; Budi tuan saya terima, Jadi kenangan bertahun-tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam siapa nampak rabun, Taji bisa macam racun; Sungguh songket bunga bertimbun, Bukan boleh tahan bertahun. |