Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tam.bat] | برتمبت

Definisi : terikat (pd pokok, tiang, pancang, dll), berlabuh dan terikat pd sesuatu (kapal): kapal itu pun masuk ke kuala pela­buhan negeri Labuhan Puri dan terus rapat dan ~ di pangkalan besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tam.bat] | برتمبت

Definisi : berikat dgn rantai, tali dll pd sesuatu (bkn binatang, perahu dll): Kerbau itu ~ pd pokok. Perahu ~ di pangkalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tambat
Kata Terbitan : bertambat, menambat, tertambat, tambatan, pertambatan, penambat,

Puisi
 

Daun selasih daun semulih,
     Pohon pinang jambatan mandi;
Mari kita bertambat kasih,
     Kasih kupinang mengikat janji.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKetam padi nakhoda Acheh, Anak pipit kembang ekor; Mari kita bertambat kasih, Cubit cik adik bawa tidur.
Kurik Kundi Merah SagaDaun selasih daun semulih, Pohon pinang jambatan mandi; Mari kita bertambat kasih, Kasih kupinang mengikat janji.
Kurik Kundi Merah SagaCuba-cuba menanam sirih, Cekor ada tumbuh sendiri; Cuba-cuba bertambat kasih, Kalau ada tunjukkan diri.
Kurik Kundi Merah SagaKetam padi sampai ke Acheh, Anak pipit kembang ekor; Mari kita bertambat kasih, Ulit-ulit bawa tidur.
Kurik Kundi Merah SagaOrang meraih di Lubuk Johor, Ketam padi nakhoda Acheh; Hitam manis rambutnya kejur, Mari kita bertambat kasih.
Kurik Kundi Merah SagaDaun selasih menimba ruang, Anak sia mati ditambat; Sudah berkasih ditinggal buang, Di dalam hatiku bertambat rimbat.
Kurik Kundi Merah SagaDaun serbat di dalam padi, Daun selasih daun semulih; Tidak galak di dalam hati, Mari kita bertambat kasih.

Kembali ke atas