Kurik Kundi Merah Saga | Apa bunga tidak bertangkai, Itu bernama bunga rampai; Kalau tak pandai ilmu berkedai, Habis modal untung tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa bunga tiada bertangkai, Tanam budak tepi perigi; Sama biasa main di pantai, Haram tak takut berpantang mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Besarlah kapal di pulau itu, Keluar asap bertambun-tambun; Kembanglah bunga di taman datu, Bertangkai kaca berdaun embun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bentang tikar luas-luas, Tempat sawa menyeru lampai; Berladanglah anak luas-luas, Kirimkan saya emping bertangkai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke pantai, Petik bunga tiga setangkai; Sudah kutahu bungaku rampai, Hendak kusunting tidak bertangkai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke pantai, Petik bunga tiga setangkai; Sudah kutahu bungaku rampai, Hendak kusunting tidak bertangkai. |