Kurik Kundi Merah Saga | Ayam bertelur dalam semak, Telur habis makan dek jukung; Bagaimana badan tak gemuk, Abang balik membawa untung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati bertelur tunggal, Menetas anak turun ke paya; Ibu mati bapa pun meninggal, Di manalah tempat kami nak bermanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung gagak baru bertelur, Kirai bulu duduk mengeram; Buah masak tak mahu gugur, Saya menunggu siang malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam kuning ekornya lebat, Ayam bertelur di dalam huma; Putih kuning si rambut lebat, Bolehkah tidak abang bertanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hitam celah batang, Jumpa semak baru bertelur; Sayang Cik Hitam baru datang, Bawa minyak bunga melur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Itik putih di Padang Basai, Luruh bulu baru bertelur; Adik Putih ini tak ketahuan pasai, Senyum dulu baru tegur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lemak ketam di Ulu Terengganu, Lagi lemak lagi bertelur; Saya berpesan abang si anu, Saya tiada berteman tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke laut, Ambilkan saya penyu bertelur; Jika tuan menjadi rambut, Saya menjadi si kembang melur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke laut, Ambillah saya penyu bertelur; Kalau tuan menjadi rambut, Saya menjadi si kembang melur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke laut, Ambilkan saya penyu bertelur; Jika tuan menjadi rambut, Saya menjadi si kembang melur. |