Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.man] | برتمن

Definisi : 1. berkawan, bersahabat: sebenar­nya kedua-dua orang itu ~ baik; 2. tidak seorang diri, ada kawannya: ke mana pun pergi jarang-jarang aku ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.man] | برتمن

Definisi : 1 berkawan; bersahabat. 2 tidak seorang diri; ada temannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teman (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, rakan, taulan, handai, konco, kenalan, sekutu, komrad, bandu, saki, kanti, nyapang, ratik, sobat, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan jodoh: kawan, judu, pelengkap, pasangan, regu, sandingan, setelan,

Kata Terbitan : berteman, bertemankan, menemani, peneman,

Puisi
 

Turun mandi Kuala Kemaman,
     Rama-rama di punca kain;
Sudahlah tiada janji berteman,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPergi berburu tidak berteman, Mungkin dapat bala bencana; Bunga kembang di dalam taman, Bau semerbak ke mana-mana.
Kurik Kundi Merah SagaTurun mandi Kuala Kemaman, Rama-rama di punca kain; Sudahlah tiada janji berteman, Sama-sama mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaPasang api di bawah belanga, Pakai memasak daging kerbau; Tuan pergi janganlah lama, Tidak berteman adik bergurau.
Kurik Kundi Merah SagaLemak ketam di Ulu Terengganu, Lagi lemak lagi bertelur; Saya berpesan abang si anu, Saya tiada berteman tidur.

Kembali ke atas