Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tem.pat] | برتمڤت

Definisi : 1. mempunyai tempat, tinggal (diam, duduk) di ..., berlaku (diadakan) di ...: mesyuarat agung akan diadakan pd 2 April ~ di Balai Rakyat; 2. ki kena pd tempatnya (masanya, keadaannya, dsb): mengata orang biarlah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tem.pat] | برتمڤت

Definisi : tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertempat

Puisi
 

Biola bertali empat,
     Digesel orang Semarang;
Anak dagang tak bertempat,
     Mencari di rantau orang.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina berjual tauhu, Mari dijual bertempat-tempat; Kalau abang mahu tahu, Adik pergi ke manalah tempat.
Kurik Kundi Merah SagaBiola bertali empat, Digesel orang Semarang; Anak dagang tak bertempat, Mencari di rantau orang.
Kurik Kundi Merah SagaKajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu; Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya terbuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaKajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu; Bujang tuan bujang bertempat, Bujang saya terbuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaKajang tuan kajang berlipat, Kajang kami mengkuang layu; Datang tuan datang bertempat, Datang kami terbuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaKajang saya kajang berlipat, Kajang tuan mengkuang layu; Dagang saya dagang bertempat, Dagang tuan terbuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan kajang berlipat, Biar saya berkajang kain; Kalau tuan sudah bertempat, Biar saya mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan kajang berlipat, Biar saya berkajang kain; Kalau tuan sudah bertempat, Biar saya mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tiung terlompat-lompat, Minum air dalam cerana; Hendak cium tidak bertempat, Ada tempat orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaBurung cak jatuh ke paya, Disambar enggang sambil melompat; Jangan diharap kepada saya, Dagang yang hina tidak bertempat.

Kembali ke atas