Kurik Kundi Merah Saga | Sirih bertepuk pinang memusing, Pacak buluh di atas kota; Tak boleh duduk hati runsing, Tak boleh tubuh nak tengok mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih bertepuk pinang memusing, Pacak buluh di atas kota; Tak boleh duduk hati runsing, Tak boleh tubuh nak tengok mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Akar keramat akar bertuah, Akar bertepuk di gua batu; Nabi Muhammad cintakan Allah, Di mana tuan masa itu? |
Kurik Kundi Merah Saga | Seorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung gagak tepi pagar, Cik Salleh orang berbudi; Ada juga kudengar khabar, Ombak bertepuk di tepi pantai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut rakit dari seberang, Putus tali mari bergalah; Sungguh sakit bercinta seorang, Ibarat bertepuk tangan sebelah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anjunglah Siam patah kemudi, Ambil paku lantak di papan; Diamlah diam tidak berbunyi, Lupalah malu bertepuk sopan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang jatuh meriba, Jatuh gemercing di tengah laman; Kita sayang orang tak suka, Macam bertepuk sebelah tangan. |