Kurik Kundi Merah Saga | Ambil bertih dari hulu, Isi mari di dalam balang; Bersihkan laman kita dahulu, Baru bersihkan halaman orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi pulut padi Melaka, Belum direndang bertih dahulu; Hati perut hati celaka, Belum dipandang dah kasih dulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nak dulang kubagi dulang, Dulang bekas hantar bertih; Nak pulang kubagi pulang, Pulang cik tuan gajah putih pulang |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak dulang kuberi dulang, Dulang berisi antah bertih; Hendak pulang kuberi pulang, Pulang beriring gajah putih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Itik bukan ayam pun bukan, Anaklah angsa memakan bertih; Adik bukan abang pun bukan, Sajalah saya hati nak kasih. |