Kurik Kundi Merah Saga | Berapa tinggi Bukit Malingan, Sama bertimbang Bukit Berjaya; Kalau sudah musimnya hujan, Tidak keras bukit di paya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi-tinggi si matahari, Sama bertimbang rumah ruang sa; Hilang laki boleh kucari, Hilang anak rosak binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang lalang berputih mata, Tujuh dian bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa jauh negeri Limbang, Datanglah burung pulang ke mari; Berapa jauh dudukku bertimbang, Datang juga berkepit jari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sagalah buluh anggitnya jarang, Akan pemagar kijang rusa; Dalam sepuluh ada seorang, Yang tak tahu bertimbang rasa. |