Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tim.bun] | برتيمبون

Definisi : 1. = bertimbun-timbun bersusun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumah­nya; 2. ki banyak: bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibaca­nya; 3. = tertimbun tertimbus, terkam­bus; mati ~ tanah mati tertimbus tanah; 4. sl ber­kumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tim.bun] | برتيمبون

Definisi : 1 bersusun ber­tindih-tindih (merupakan timbun); berlonggok: Kayu api ~ di bawah rumah. 2 ki banyak: Kerjanya yg ~ itu tidak mungkin dpt disiapkannya dlm masa seminggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertimbun

Puisi
 

Angin bertiup bercampur embun,
     Ombak memukul dengan taufan;
Apa guna harta bertimbun,
     Sudah mati selesai kapan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPatah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun.
Kurik Kundi Merah SagaAngin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan.
Kurik Kundi Merah SagaAyam siapa nampak rabun, Taji bisa macam racun; Sungguh songket bunga bertimbun, Bukan boleh tahan bertahun.

Kembali ke atas