Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.to.la/] | برتولق

Definisi : 1. berangkat, belayar: kami ~ dgn perahu besar esok paginya; 2. pergi, beralih dr, pergi meninggalkan, berangkat: dia ~ petang ini dr Lapangan Terbang Subang; 3. ber­mula (dgn sesuatu sbg asas), berpunca, ber­pangkal: sistem sosialis ~ drpd pendapat bahawa nasib rakyat hanya boleh dibaiki kalau kerajaan campur tangan dlm ekonomi; definisi pula perlu ~ drpd dua sudut pandangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.to.la/] | برتولق

Definisi : pergi meninggalkan sesuatu tempat; berangkat; berlepas: Ia ~ dr rumah pd pukul 4.00 petang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Puisi
 

Bertolak dari Kimanis,
     Belayar angin utara;
Berhadapan mulutnya manis,
     Lain belakang lain bicara.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBertolak dari Mesapol, Mari menuju pergi Labuan; Apa manis gula sepikul, Manis lagi dindamu tuan.
Kurik Kundi Merah SagaBertolak dari Kimanis, Belayar angin utara; Berhadapan mulutnya manis, Lain belakang lain bicara.
Kurik Kundi Merah SagaOrang bertolak di Tanjung Rhu, Sarat memuat buah perpat; Hendaklah banyak mengadap guru, Supaya terang jalan makrifat.
Kurik Kundi Merah SagaMari bertolak darilah Punggul, Mari menuju di muara kami; Hati di mana tidaklah sugul, Melihat seorang anaklah kami.
Kurik Kundi Merah SagaHujan ribut mencuci kain, Belum kering bertolak ke tanah; Bila tuan sedang bermain, Kamilah pula kena fitnah
Kurik Kundi Merah SagaPulak-pulak si papan-papan, Buah lemak digaul udang; Tuan bertolak kami berpesan, Jangan lama di negeri orang.
Kurik Kundi Merah SagaPecah tombak Ulu Tembeli, Mari letak di tapak tangan; Dah bertolak saya di sini, Tinggal tapak di tengah laman.
Kurik Kundi Merah SagaOlok-olok si pekan-pekan, Hari panas menjala udang; Kita bertolak kami berpesan, Jangan lama di bandar orang.
Kurik Kundi Merah SagaUlak-ulak sampiran kain, Buah padi taruh di dulang; Kapal bertolak enjinnya bermain, Buah hatiku di kampung orang.
Kurik Kundi Merah SagaUlak-ulak di pekan-pekan, Labu lama di jagung dulang; Kalau bertolak kami berpesan, Jangan lama di kampung orang.
12

Kembali ke atas