Kurik Kundi Merah Saga | Jatuh bertukar si jambu mawar, Masak diembun bersama ciku; Masa jujur disangka penawar, Rupanya racun di dalam madu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun? |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Arab ke negeri China, Sampai ke China bertukar nama; Harap tuan saya terima, Sudahkah periksa keadaan bunga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rakit-rakit rumah Pak Senu, Lalu tersangkut di pokok pedada; Bertukar ganti saya tak mahu, Sudah dituju dari semula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Boleh juga belayar kapal, Patah galah apa galahnya? Boleh juga bertukar pakai, Kalau bujang apa salahnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beruntung merapat kaban, Akan perapat bunga anggerik; Kalau untung suratan badan, Dapat bertukar bangsa yang baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tengahlah malam mimpikan bulan, Mimpi dipagar bintang tujuh; Tengah malam mimpikan tuan, Mimpi bertukar kain di tubuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kuda kami dari Membakut, Hendak mengejar Kinabatangan; Kalau cik adik berterus takut, Kita bertukar di tapak tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil beliung tetak ke kempas, Jatuh ke kaki haram tak luka; Sungguh cium bertukar nafas, Jatuh ke hati haram tak lupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang kelat masak inti, Jatuh ke tanah makan semut; Tidur sekejap masuk mimpi, Mimpi bertukar kain selimut. |