Kurik Kundi Merah Saga | Makan nasi berulam bawang, Makan halia tiga hiris; Besar mana nak meminang orang, Air disiram haram tak tiris. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang ke kota berulam pauh, Sampan Mak Munah saya layarkan; Tidak peduli dikata jauh, Kalau setanah saya jalankan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang pelanduk tiga sekawan, Singgah berulam si buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baru merasa hatiku rindu, Bawa berulam si buah pauh; Baru merasa kehendak rindu, Bawa mengenang kekasih jauh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apalah kena gigiku ngilu, Bawa berulam buah pelada; Apakah kena hatiku pilu? Bawa memandang wajah kakanda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Balik sana ruang mengkipan, Makan nasi berulam pauh; Laksana ayam di tambatan, Putus tali terbang jauh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah mempelam di tepi kota, Dibawa budak dari seberang; Makan berulam si air mata, Mengenangkan untung dagang seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lihatberembang di atas gunung, Tumbuh di bawah pokoknya jati; Lihatlah aku berulam jantung, Menunggu abang bersama mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah bacang buah kuini, Dibawa orang dari tanjung; Bukannya mudah memegang janji, Makan hati berulam jantung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak rusa mandi di paya, Lepas mandi makannya rumput; Tiada orang semacamnya saya, Makan hati berulam perut. |