Kurik Kundi Merah Saga | Pergi kerja berulang-alik, Singgah di masjid lalu sembahyang; Yang bulat datang menggolek, Yang pipih datang melayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi sekolah berulang-ulang, Budak-budak belajar memanah; Lain biduk lain digalang, Lain yang bengkak lain yang menanah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sehari-hari pergi berulang, Serbat diisi dalam cawan; Mengenang sahabat jauh di seberang, Lautnya luas memisahkan badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke Jawa berulang kali, Saya suka tinggal di bukit; Masyhur saja main tak jadi, Malu saya bukan sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit gunung Juasih, Tempat berakub berulang petang; Alangkah sakit bercerai kasih, Lebih baik pula celaka badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Serai serumpun tengah halaman, Tempatlah murai berulang mandi; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal laman tempatnya mandi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gunung Jengal airnya deras, Tempat budak berulang mandi; Sudahlah kena menjadi culas, Terasa sedih di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Katong sungainya biru, Tempat Mak Kuntum berulang mandi; Tanah duduk tinggallah dulu, Ada untung baliklah kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Silak ke Tanjung Tabung, Air hitam berulang mandi; Panjang dikerat pendek disambung, Si hitam manis tinggal ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang selasih di Bukit Dulang, Diputik sedulang laut Sebandi; Terima kasih berulang-ulang, Sudi menjemput kami di sini. |