Kurik Kundi Merah Saga | Kapal besar dua pemeluk, Ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Manakan dapat bunga yang elok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Besar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang terbang layang kaki, Pokok besar berapa tinggi; Jangan abang bersusah hati, Umur panjang berjumpa lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu langla si laku-laku, Rumahlah besar berlantak paku; Kalaulah tuan kasihkan aku, Junjunglah sigup panjang sebuku. |