Kurik Kundi Merah Saga | Ambil limau di tepi beting, Beting ada di kebun limau; Kalau rimau gurunya kucing, Kenapa kucing takutkan rimau? |
Kurik Kundi Merah Saga | Nampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail tepi beting, Putus joran tinggal pancing; Adakah kain nak lawan gunting? Adakah tikus nak lawan kucing? |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam terung tepi beting, Anak bangau turun mandi; Berapa banyak pukat keliling, Ikan tak mahu serahkan diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina karam di Beting, Yang seorang pandai berenang; Bunga banyak boleh disunting, Bunga tanjung dicari orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rotan rosak di hujung tanjung, Hanyut terletak di tepi beting; Bukan salah pasak penyambung, Kain tak cukup digunting. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sang seromba ikan serinding, Anting-anting arus berduri; Angin dan ombak mematah beting, Masing-masing membawa diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan. |