Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang Metedong Gunung Metali, Beruang Abu terbang sekawan; Betul-betul memegang janji, Laksana paku lantak ke papan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang mastali benang mastali, Anak patu dikasi makan; Betul-betul memegang janji, Seperti paku lekat di papan.
Kurik Kundi Merah SagaBetul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur.
Kurik Kundi Merah SagaJika betul tuan mengikat, Ikat saya tali belati; Jika betul cik abang nak ikat, Ikat saya sampai ke hati.
Kurik Kundi Merah SagaJika betul tuan menereka, Tereka saya kain stokin; Sekira benar sukakan saya, Jemput saya orang miskin.
Kurik Kundi Merah SagaJika betul anak menteri, Hang Jebat raja Melaka; Bunga diambil dalam duri, Bunga tak dapat tangan luka.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tak betul jadi saksi, Ambil kayu direjam-rejam; Sebaik-baik pun baja besi, Ada batu baru tajam.
Kurik Kundi Merah SagaJika puan betul nareka, Tareka saya kain kasa; Jika tuan benar suka, Pulang berunding dengan ibu bapa.
Kurik Kundi Merah SagaSudahkah tuan betul nareka, Narekalah saya si baju merah; Kalaulah tuan sebetul suka, Ikut kami pulang ke rumah.
Kurik Kundi Merah SagaSudahkah tuan betul nareka, Narekalah saya si baju merah; Kalaulah tuan sebetul suka, Ikut kami pulang ke rumah.
12

Kembali ke atas