Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.da.ra] | بيدارا

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Zizyphus jujuba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.da.ra] | بيدارا

Definisi : nama sj pohon atau buahnya (buahnya seakan-akan buah mata kucing dan dpt dimakan), Zizyphus jujuba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidara

Puisi
 

Pucuk tumbuh bidara tumbuh,
     Tumbuh-tumbuh jadi di darat;
Adik sungguh abang pun sungguh,
     Kalau sudi berkirim surat.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPohon bidara menjulang tinggi, Umbi pokoknya sudah berbanir; Tersenyum dara tunduk ke bumi, Ibu jari menguis pasir.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk tumbuh bidara tumbuh, Tumbuh-tumbuh jadi di darat; Adik sungguh abang pun sungguh, Kalau sudi berkirim surat.
Kurik Kundi Merah SagaPokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berembang buah bidara, Masak seuntai dua untai; Anak bersubang disangka dara, Macam mumbang ditebuk tupai.
Kurik Kundi Merah SagaNasi ulam buah bidara, Tujuh gunung sembilan lautan; Terbuang emak terbuang saudara, Kasih kakanda kami turutkan.
Kurik Kundi Merah SagaNasi lemak buah bidara, Mari makan di pagi hari; Buang emak buang saudara, Tidaklah menyesal kemudian hari.
Kurik Kundi Merah SagaNasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Hati kasih saya turutkan.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh buah bidara, Jatuh sebiji di atas peti; Tuan jauh jadi saudara, Bila dekat si jantung hati.
Kurik Kundi Merah SagaBuah lemak buah bidara, Daun selasih kulurut juga; Buang emak buang saudara, Hati kasih kuturut juga.
Kurik Kundi Merah SagaBuah beringin buah bidara, Dari Lukut ke Pulau Pinang; Hati ingin kepada dara, Hati takut hendak meminang.
12

Kembali ke atas