Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bini

Puisi
 

Terang bulan terang gemerlang,
     Hantu berjalan laki bini;
Jikalau tuan bersikap garang,
     Adik tak lama diam di sini.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Orang bini-binian,
     beranak tak boleh disuruh.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHilir derap mudik derap, Singgah pangkalan gaharu; Bini kurap laki pun kurap, Boleh lawan bergaru-garu.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan terang gemerlang, Hantu berjalan laki bini; Jikalau tuan bersikap garang, Adik tak lama diam di sini.
Kurik Kundi Merah SagaTerbang sekawan burung jelatik, Terbang nampak kepalanya merah; Pilih bini yang cantik, Tapi nak harga murah.
Kurik Kundi Merah SagaTerbang sekawan burung jelatik, Terbang nampak kepalanya merah; Pilih bini yang cantik, Tapi nak harga murah.
Kurik Kundi Merah SagaPaku ini paku landai, Paku berasal dari Jawa; Barang bini habis digadai, Pinjam pula barang mentua.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian buah kuini, Mari letak dalam pasu; Duduk diam laki bini, Macam orang tidak bernafsu.
Kurik Kundi Merah SagaTanam ubi tanam kembili, Mari dicolek santan manisan; Adik hendak mencari bini, Kalau boleh hendak berbesan.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menanak di Tebing Tinggi, Burung putih terbang melayang; Bukan anak bini sendiri, Sudah ku boleh berkasih sayang.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi-tinggi matahari, Anak Endau pantai Melaka; Hilang laki boleh dicari, Hilang bini badan binasa.
12

Kembali ke atas