Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mungkin, barangkali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : barangkali, mungkin;kebolehjadian kebarangkalian, kemungkinan: individu menilai ~ yg terhasil drpd berbagai-bagai tindakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Anak tupai di atas carang,
     Jatuh melompat patah kaki;
Kalau pandai menjaga barang,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.

Bermaksud :

Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)

170

The early bird catches the worm

Yang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntungan

Siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata

There were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.

Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAyuh encik jari bersusun, Mengadap raja sehari-hari; Pandai menjaga buah di kebun, Mana boleh jadi rugi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tupai di atas carang, Jatuh melompat patah kaki; Kalau pandai menjaga barang, Mana boleh jadi rugi.
Kurik Kundi Merah SagaDari Daik pergi ke Deli, Singgah berlabuh Lautan China; Sudah kubelek baru kubeli, Mana boleh jadi terkena.
Kurik Kundi Merah SagaRumah batu atap bata, Tempat mamak buat roti; Tempat tak tentu jangan kata, Tempat gamak boleh jadi.
Kurik Kundi Merah SagaMari tuan minum kopi, Kalau tak manis tambah gula; Jangan diturut kehendak hati, Kalau tak mati boleh jadi gila.
Kurik Kundi Merah SagaTelur itik eram tak jadi, Baru dieram petang semalam; Tidak kolek jalur pun jadi, Asalkan boleh ke tempat dalam.
Kurik Kundi Merah SagaBunga kelapa di Padang Jenak, Tempat makan seladang tua; Ada orang mengakulah anak, Boleh juga jadi mertua.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada menanam tebu, Boleh dijual di pasar desa; Kalau kita jadi tetamu, Biar pandai berbudi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaBukan tanah menjadi padi, Kalau jadi hampa melayang; Bukan bangsa boleh berbudi, Kalau dibudi cuma terbuang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tiada kayu gaharu, Hampas tebu jadi berbau; Sudahlah adat kita Melayu, Tak boleh dekat belum bersatu.
12

Kembali ke atas