Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bolehkah

Puisi
 

Apa khabar pasir Bintulu,
     Bolehkah kita berjalan lagi;
Apa khabar kasih dahulu,
     Bolehkah tidak diulang lagi?


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru?

Bermaksud :

Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBolehkah abang menebar jala, Dapat seekor ikan selangat; Berani abang menahan dada, Biar mati bertindih mayat.
Kurik Kundi Merah SagaApa khabar pasir Bintulu, Bolehkah kita berjalan lagi; Apa khabar kasih dahulu, Bolehkah tidak diulang lagi?
Kurik Kundi Merah SagaKalau memanah burung helang, Bolehkah tidak dia mengena; Kalau kakanda datang meminang, Adakah adinda sudi menerima?
Kurik Kundi Merah SagaTeras Kemunting haluan perahu, Tanam tebu hutan seberang; Angkat kening memberitahu, Bolehkah jumpa sama seorang?
Kurik Kundi Merah SagaAyam ini ayam tambatan, Mari ditambat pantai Melaka; Kudengar tuan bergedung intan, Bolehkah saya tumpang berniaga?
Kurik Kundi Merah SagaItik air baru berkepak, Cari makan dengan ibunya; Kalau tidak garam dicampak, Bolehkah masin kuah sebelanga?
Kurik Kundi Merah SagaHari Ahad minggu Belanda, Kapitan Cina bergelang kaki; Cuba ditanya pengubat lama, Bolehkah tidak kembali lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh atas permatang, Tanam mempelam di tepi reban; Sangat jauh saya datang, Bolehkah tidak tumpang tandang.
Kurik Kundi Merah SagaBurung jelatik burung kenari, Burung hinggap di taman bunga; Wahai adik orang bistari, Bolehkah hamba tumpang bertanya?
Kurik Kundi Merah SagaKalau buat atap jerami, Jangan lupa atap ijuk; Kalau langit nak timpa bumi, Bolehkah ditahan dengan telunjuk?
12

Kembali ke atas