Kurik Kundi Merah Saga | Pintulah malim dua kelasi, Bolehlah tidak belayarlah kapal; Belilah kain dua seragi, Bolehlah tidak bertukarlah pakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cubalah abang naik rakit, Naik kereta pergi ke hulu; Bolehlah abang tolong sedikit, Supaya adik bolehlah tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tuli mandi berhujan, Bolehlah mandi sekali lagi; Orang tua menjunjung uban, Boleh masuk ke medan lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika adik masak serunding, Bolehlah dijamu kakak Zaharah; Jika cerdik teman berunding, Jika bodoh disuruh arah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli kain buat purdah, Mana yang baik bolehlah dipilih; Disangka langit itu rendah, Dipandang dekat dicapai tak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sangkura di dalam kebun, Buah delima di dalam raga; Bolehlah kita berjual pantun, Adik terkena abang ada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Arab minum serbat, Kalau tak manis ditambah gula; Bolehlah abang tolong mengubat, Kalaulah adik mengikut kata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari kita memasang lukah, Dapat seekor ikan tenggalan; Lepas itu bolehlah bernikah, Saudara-mara dapat berkenalan. |