Kurik Kundi Merah Saga | Lumur minyak di kepala botak, Lagi baik minyak bijan; Manakah gading yang tidak retak, Di manakah bumi tak timpa hujan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak haruan lima-lima, Pilih saja yang mana besar; Saya bukan ayam betina, Remak botak pantang berkisar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kecil-kecil buah cemponek, Kasi makan anak Cik Batak; Sudah berpesan datuk nenek, Ayam garang kepala botak. |