Kurik Kundi Merah Saga | Putik cempedak buah cempedak, Tetak buluh berduri; Adik tidak abang tidak, Kerana tubuh menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah cempedak nangka di hutan, Bau juga dengan selasih; Budak bukan kaya pun bukan, Tahu juga abang tak kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada buah cempedak, Jangan diperam dengan ragi; Khabar tiada alamat pun tidak, Di manalah hendak dicari lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada buah cempedak, Jangan diperam dengan ragi; Khabar tiada alamat pun tidak, Di manalah hendak dicari lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak teruna menanam betik, Buah cempedak dalam raga; Apalah guna berwajah cantik, Kalau kurang budi bahasa. |