Kurik Kundi Merah Saga | Buah anggur buah berangan, Jadikan dengan si buah manggis; Minta kubur di tapak tangan, Mintalah nisan si jari manis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah keranji buah berangan, Berangan tidak berbunga tinggi; Berjanji berjabat tangan, Kusangka tidak berubah lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengetam papan di tanah rata, Buah anggur buah berangan; Minta disiram air mata, Minta tidur di tapak tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Saya jauh beribu batu, Saya di sini dilupa jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah berangan dimasak kari, Mari masak bersama lada; Sapu tangan campak ke mari, Untuk menyapu air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Keranji buah berangan, Berangan tidak berbunga tinggi; Berjanji berjabat tangan, Kufikir tidak berubah hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah berangan masaknya merah, Lada cili dalam perahu; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati sahabat tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah keranji di tengah laman, Mangga tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegangan tangan, Kusangka tidak berubah lagi. |