Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sebenarnya tidak, berlainan drpd yg sebenarnya: anak itu ~ bodoh tetapi malas; ini ~ kali pertama ia datang ke mari; ~ begitu cara membuat kerja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukannya

Puisi
 

Akan kupasang bukannya tongkang,
     Akan kupais bukannya lobak;
Akan terbang bukannya burung,
     Akan menangis bukannya budak.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Bukannya diam penggali berkarat,
     melainkan diam ubi berisi.

Bermaksud :

Diam yang ada gunanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHendak dicincang bukannya rebung, Hendak dipais bukannya todak; Hendak terbang bukannya burung, Hendak menangis bukannya budak.
Kurik Kundi Merah SagaAkan kupasang bukannya tongkang, Akan kupais bukannya lobak; Akan terbang bukannya burung, Akan menangis bukannya budak.
Kurik Kundi Merah SagaHendak dipais ikan todak, Hendak diparut bukannya terung; Hendak ditangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung.
Kurik Kundi Merah SagaTak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur manis dipegang budak, Nak buang tak ada beliung; Menangis bukannya budak, Nak terbang bukannya burung.
Kurik Kundi Merah SagaBuah kandis dimakan budak, Hendak ditebang tiada beliung; Hendak menangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung.
Kurik Kundi Merah SagaBukannya parang hulu permata, Parang sakti tidak berulu; Bukan sekarang saya berkata, Sudah terjanji dari dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaBerlari bukannya kijang, Pandan terjemur di bumbungan; Berbunyi bukannya riang, Badan terkenang di peruntungan.
Kurik Kundi Merah SagaBukan tembaga bukannya perak, Anak kunci tidak beribu; Tuan juga janganlah tidak, Anak menantu di muka pintu.
Kurik Kundi Merah SagaTerlitak-litak dari pekan, Menjinjing lauk kira-kira; Bukannya litak dek tak makan, Litak diremuk kira-kira.
123

Kembali ke atas