Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan mendaki bukit, Bukit didaki terlalu tinggi; Sungguh cantik bulan terbit, Ada bintang baru berseri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Lengging membuat rakit, Rakit dibuat kayu nyatuh; Biarlah anjing menyalak bukit, Bukit tetap tidakkan runtuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit bernama Bukit Pandan, Tempat orang tembak batu; Batu canai disangka intan, Bila dilihat baru tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik bukit sebalik bukit, Buat tetap pagar anak; Cari tenggek sapu tangan batik, Cari janda belum beranak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sedih sungguh teringatkan bukit, Kerana bukit tiada berkayu; Sedih sungguh teringatkan adik, Kerana adik tiada beribu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Belas hati pandang ke bukit, Kerana bukit tidak berkayu; Belas hati pandang ke adik, Kerana adik tidak beribu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa tinggi Bukit Malingan, Sama bertimbang Bukit Berjaya; Kalau sudah musimnya hujan, Tidak keras bukit di paya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik ke bukit di balik bukit, Tetak kayu di Padang Anak; Dekat setindik sekanannya batik, Cari janda belum beranak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Gunung ke Anak Bukit, Singgah semalam di Bukit Pinang; Dahulu hati sakit, Sekarang hati merasa senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Gunung ke Anak Bukit, Singgah bermalam di Bukit Pinang; Duduk melenggung hati sakit, Bila tahun hati nak tenang. |