Kurik Kundi Merah Saga | Mari tebang si pokok buluh, Buluh ada di tepi paya; Abang datang dari jauh, Mari hendak berjumpa mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari kita menebang buluh, Di dalam buluh ada ulat; Bukan senang mengenal tubuh, Di dalam tubuh ada sifat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buluh ditutuh dibuat sangkar, Hendak menyangkar burung nuri; Langit runtuh bumi terbakar, Ke mana awak melari diri? |
Kurik Kundi Merah Saga | Buluh ditetak senjakala, Buat main pasak perahu; Pasang pelita senjakala, Satu makhluk tidak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buluh perindu dipukul ribut, Jatuh mari di dalam mengkuang; Kalau rindu nama disebut, Air mata jangan dibuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buluh perindu di atas gunung, Habis luruh buah padiku; Rindu hamba tidak tertanggung, Hancur luluh rasa hatiku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buluh aur jangan dibelah, Titi dibuat berikat akar; Teguh setia tidak berubah, Janji ikrar jangan bertukar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Belah buluh bersegi-segi, Buat mari serampang ikan; Kuasa Allah berbagai-bagai, Lebih laut dari daratan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak buluh dibuat pagar, Mari diikat dengan rotan; Gunung runtuh bumi bergegar, Gempa tidak kiamat pun bukan. |