Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian atas sebelah luar rumah, kereta, dsb yg menahan hujan dan cahaya matahari drpd masuk ke dlm, atap; ~ limas bumbung yg berbentuk piramid; harga ~ (Eko) harga maksimum sesuatu barangan yg ditetapkan oleh pihak berkuasa; kuda-kuda ~ kayu penyangga balak bumbungan; tulang ~ balak yg memanjang di puncak rumah;membumbung naik ke atas, mengepul ke atas (asap dll), meninggi: asap naik ~ tinggi; khayalanmu dapat ~ setinggi langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumbung I

Puisi
 

Rumah siapa lentik bumbung,
     Rumah Cik Putih jual padi;
Tunang siapa turun bertudung,
     Tunang abang nikah tak jadi.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRumah siapa lentik bumbung, Kalau tak salah rumah Cik Ghani; Tunang siapa lalu bertudung, Kalau tak salah tunang kami.
Kurik Kundi Merah SagaRumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut dalam bumbung, Hendak mencincang mentimun batu; Tujuh lautan sembilan gunung, Dendam rindu sebut namaku.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung.
Kurik Kundi Merah SagaBurung lekung berbunyi malam, Bunyi di atas bumbung penghulu; Allah belum menjadikan alam, Suratan kita dah terjadi dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tiung tinggi sekawan, Anak pelanduk patah kakinya; Tempat bumbung tersalah rawan, Hendak dijenguk banyak halangannya.

Kembali ke atas