Kurik Kundi Merah Saga | Iya sungguh dimakan api, Bunga kemboja Padang Seberang; Iya sungguh ditinggal laki, Apa peduli pada abang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan bersangkut mata, Takut besi dimakan api; Bunga di tangan apa disuka, Luka di hati dibawa mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke tanjung, Kirim saya bunga dahlia; Ibarat api dalam tanglong, Angin yang mana padamkan dia? |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga terhambur di dalam perigi, Dari jauh nampak putih; Rosak nasi kerana api, Rosak hati kerana kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang putih berkereta api, Cina gedung jahit kebaya; Tujuh lapis pagar besi, Bunga sekuntum kuambil juga. |