| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga Cina tanaman Cina, Mari dipakai tuan puteri; Kerja kita akan sempurna, Bila sampai masa dijanji. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina tanaman Cina, Mari bungkus di atas kertas; Lihat saya bena tak bena, Tak usah harap katakan lepas. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina tanaman Cina, Ambil sekuntum bungkus kertas; Pandang tuan bena tak bena, Di dalam hati haram tak lepas. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina permainan Cina, Mari dibungkus dengan kertas; Kalau saya bena tak bena, Hati di dalam haram tak lepas. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Hati saya sudah merana, Di dalam hati mana nak lepas. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Saja rupa bena tak bena, Di dalam hati haramtak lepas. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Ayuhai tuan tumpang bertanya, Di dalam hati tidak lepas. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina di dalam taman, Sayang keduduk bercabang dua; Dunia ini pinjam-pinjaman, Nak tumpang duduk sehari dua. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina kembang sejemput, Siapa cakap melarangkannya; Yang empunya datang menjemput, Siapa cakap melarangkannya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apa putih di tengah laut? Anak Cina menangguk udang; Apa putih di tengah rambut? Bunga cina baru nak kembang. |