Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung di atas titi, Ditiup angin ke barat daya; Di mana tempat tuan menanti, Boleh tuan ceritakan saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung dari utara, Jatuh sekuntum melayang-layang; Bagaimana hati tidak gila, Tidur malam terbayang-bayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Songket bertekat dipakai dara, Ikat cincinnya bunga tanjung; Malang mengharap kasih saudara, Ibarat tebu tawar ke hujung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung putih berseri, Bunga kembang berlapis-lapis; Lagu canggung lagu asli, Lagu asal negeri Perlis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang dua kali semalam, Ambung-ambung dari hulu; Adik datang di tengah malam, Bunga tanjung berbau dulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung dari utara, Dikarang bersama bunga kenanga; Bagaimana hati tak gila, Makan tidur rasa tak lena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina karam di Beting, Yang seorang pandai berenang; Bunga banyak boleh disunting, Bunga tanjung dicari orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tidak bunga di Tanjung, Bila beringin ke Tasik Kembang; Kalau tidak intan dijunjung, Saya tidak ingin kepada orang. |