| Kurik Kundi Merah Saga | Burung merbuk burung merpati, Terbang berpusing hala bendang; Wajah elok menawan hati, Siang malam hamba terkenang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Burung merbuk di tepi pekan, Pipit tuli mati terjerat; Buah mabuk jangan dimakan, Pokok berduri jangan dipanjat. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Burung merbuk sambar tekukur, Lepas sekali menjadi punai; Terung berpucuk limau bertabur, Puaslah hati membeli mahal. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Burung merbuk terbang ke tebing, Hinggap ia di dahan manggis; Kalau hendak menyarung cincin, Sarungkanlah di jari manis. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati di Bukit Ngulang, Anak merbuk sarang di luar; Kuulang pagi kuulang petang, Hingga buruk kaki seluar. |