Kurik Kundi Merah Saga | Kereta api kereta sorong, Kereta biasa berjalan malam; Tuan besi saya piabung, Sama timbul sama tenggelam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kereta kuda kereta pedati, Mari dinaik Raja Dang Ratu; Sungguh adik tidak mengerti, Apalah maksud kata begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Zaman dahulu kereta lembu, Zaman sekarang kereta kuda; Harap tuan memberitahu, Apa maksudnya kita bercinta? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kereta api tak ada serombong, Kapal pergi ke Batu Pahat; Sekali-kali saya tak sombong, Tapilah tuan tak tahu adat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kereta baru lembu pun baru, Baru sekali masuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali berkenal biasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada kereta api, Pergi ke Panggor membeli benang; Sudah suka hati, Perut kosong menjadi kenyang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah ada kereta api, Pergi ke Kapar membeli benang; Sudah dapat pembuka hati, Perut yang lapar menjadi kenyang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sembilan belas kereta pedati, Hendak pergi negeri China; Kalau abang rasa nak mati, Adik hendak mati bersama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah ada kereta api, Pergi ke Kapar membeli benang; Sudah dapat pembuka hati, Perut yang lapar menjadi kenyang. |