Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Ikan petutu ikan pelata,
     Ikan puyu di sawah padi;
Kalau sudah bertutuk dia punya harta,
     Tolonglah timbang agar memuaskan hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(91)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaIkan kekek ikan gelama, Ikan tiada dalam sungai; Abang pergi tujuh purnama, Abang balik adik tak kenal.
Kurik Kundi Merah SagaIkan petutu ikan pelata, Ikan puyu di sawah padi; Kalau sudah bertutuk dia punya harta, Tolonglah timbang agar memuaskan hati.
Kurik Kundi Merah SagaIkan temenung ikan tenggiri, Ikan mati kena tuba; Duduk termenung seorang diri, Orang ditunggu tak kunjung tiba.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ikan dimakan ikan, Ikan bernama si jarang lidi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak ikan perkara ikan, Ikan bilis sedap sekali; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis pemurah hati.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak ikan perkara ikan, Ikan laut banyak lagi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis menarik hati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ikan dimakan ikan, Ikan siar dalam tuar; Tahu makan tahu simpan, Rahsia kita jangan keluar.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ikan dimakan ikan, Ikan ini buang kepala; Hilang nyawa dari badan, Aku suka main berdua.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ikan dimakan ikan, Manakan sama ikan tenggiri; Mati ikan kerana umpan, Mati tuan kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaIkan gelama ikan duri, Tiga dengan ikan sembilang; Saya umpama rumput di bumi, Pagi dan petang dipijak orang.
12345678910...

Kembali ke atas