| Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke huma mencari capa, Capa ada di pokok inai; Sudah lama tidak berjumpa, Rasa abang macam tak kenal. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk capa disayur manis, Daun palas dalam padi; Belum baca tunduk menangis, Rasa belas di dalam hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk kaduk pucuk midin, Daun capa dalam padi; Rupa tiada lagi miskin, Mana hendak membawa diri. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Duduk merenung di tepi tangga, Hendak mencari si daun capa; Biar jauh dipandang mata, Namun di hati haram tak lupa. |