Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ukuran yg besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dgn mem­pertemukan ibu jari dgn jari lain: berilah aku sirih se~; ~ rambut alat drpd plastik dsb utk mengikat atau mencekak rambut supaya kelihatan lebih kemas dan terurus; baju ~ musang baju yg berleher tinggi; pinggang se~ jari manis sebesar yg terpegang oleh ibu jari dan jari manis; bercekak; ~ pinggang memegang kiri kanan pinggang dgn kedua-dua belah tangan; mencekak 1. memegang sesuatu dgn mem­pertemukan ibu jari dgn jari tengah (jari te­lunjuk atau jari-jari lain): tukang sampan itu pun ~ dayung; 2. memegang pinggang, sama ada dgn sebelah tangan atau kedua-duanya; 3. mencengkam leher dgn kuat: ~ leher musuhnya; 4. menggunakan alat, mis cekak rambut utk menolak rambut ke belakang supaya kelihatan kemas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekak I.

Puisi
 

Tanam seberang si cekak manis,
     Lada muda di punca kain;
Laranya hidup adik jangan menangis,
     Tubuh muda ambo cari lain.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCekak manis makanan sotong, Sotong nak mati ditimpa ruang; Tarik nafas tergantung-gantung, Terkenang diri dikeji orang.
Kurik Kundi Merah SagaTanam seberang si cekak manis, Lada muda di punca kain; Laranya hidup adik jangan menangis, Tubuh muda ambo cari lain.

Kembali ke atas