Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hitam celah batang, Jumpa semak baru bertelur; Sayang Cik Hitam baru datang, Bawa minyak bunga melur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau manis celah jalan, Masak sebutir makan juput; Hitam manis turun berjalan, Macam padi lepas merumput. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan mengambang di celah awan, Pungguk merindu dengan berangan; Sewajar memilih jodoh pertemuan, Tapak tangan satu perjuangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu manis di celah gunung, Nampak jauh berbelah dua; Adik menangis abang termenung, Mengenang nasib kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lari ke hutan ke celah rimba, Berjumpa gajah dua serupa; Kalau tak boleh macam adinda, Apa lebihnya kepada saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah rambai buah rambutan, Masak sebiji celah daun; Sudah nasib permintaan badan, Buah masak dimakan burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak tidur tidurlah Siti, Mimpi menyorok celah batang; Tidur tuan belah tepi, Bulan menyorok saya datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan terang menembak camar, Camar ditembak celah batu; Budak berdua memang dilamar, Tidaklah adik abang malu. |