Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celaka

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Dibawa orang ke tepian;
Malang tangan celaka tangan,
     Dalam tangan untung bahagian.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Celaka ayam,
     padi masak makan ke hutan.

Bermaksud :

Nasib yang malang.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan jatuh ke laman, Tiba di laman berisi bunga; Celaka tangan jembalang tangan, Dalam tangan orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaDulang ini dulang tembaga, Dibeli ada dipakai tidak; Malam ini malam celaka, Berjanji ada datang tidak.
Kurik Kundi Merah SagaIkan julung dalam telaga, Makan kail umpan terlekat; Tiada beruntung badan celaka, Buat baik menjadi jahat.
Kurik Kundi Merah SagaYu tangan sapu tangan, Jatuh ke laman berisi bunga; Busuk tangan celaka tangan, Dalam tangan orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaTalamlah ini talam tembaga, Putus tali sampainya hilang; Malamlah ini malam celaka, Putusnya janji sampainya hilang.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan disapu tangan, Jatuh ke laman berisi bunga; Malang tangan celaka tangan, Lepas tangan orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaPadi pulut padi Melaka, Belum direndang bertih dahulu; Hati perut hati celaka, Belum dipandang dah kasih dulu.
Kurik Kundi Merah SagaBeli suasa beli tembaga, Sudah dibeli tidak dipakai; Malam ini malam celaka, Sudah dijanji tidak ditunai.
12

Kembali ke atas