Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cem.pe.da/] | چمڤدق

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg buahnya spt nangka), Artocarpus champeden; ~ air sj tumbuhan (pokok), Artocarpus kemando; bagai bunyi ~ jatuh prb kuat bunyinya (biasanya dikiaskan pd orang yg gemuk jatuh); drpd ~ baiklah nangka prb a) drpd tidak ada langsung, sedikit pun cukuplah; b) kalau tidak ada yg baik, yg kurang baik pun berguna juga; seorang makan ~, semua kena getahnya prb seseorang berbuat salah, semuanya dikatakan berbuat salah juga; tanam ~ tumbuh nangka prb apa yg diperoleh lebih drpd apa yg diharapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.pe.da/] | چمڤدق

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya spt buah nangka), Artocarpus champeden. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cempedak

Puisi
 

Makan cempedak bekal cempedak,
     Pergi ke laut mengail udang;
Bertokok tidak meluakkan tidak,
     Saya melukut di tepi gantang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Daripada cempedak baiklah nangka,
     daripada tidak baiklah ada.

Bermaksud :

Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

SumberPuisi
Kuntum Pertiwi Buku 3Nangka dikata cempedak, Cempedak di dalam kuali, Masak beri berkuad; Kurasa khilaf tidak Bersalah jauh sekali, Mengapa maka dimarah.
Kurik Kundi Merah SagaMakan cempedak bekal cempedak, Pergi ke laut mengail udang; Bertokok tidak meluakkan tidak, Saya melukut di tepi gantang.
Kurik Kundi Merah SagaPutik cempedak buah cempedak, Tetak buluh berduri; Adik tidak abang tidak, Kerana tubuh menyerah diri.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada cempedak di pintu, Cempedak di raga jangan dedahkan; Kalau ada kata begitu, Jiwa dan raga hamba serahkan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada cempedak di pintu, Cempedak di raga jangan dedahkan; Kalau ada kata begitu, Jiwa dan raga hamba serahkan.
Kurik Kundi Merah SagaCempedak nangka di hutan, Tidak berbau dengan selasih; Saya budak anak pungutan, Tahu juga orang tak kasih.
Kurik Kundi Merah SagaBertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaDaripada cempedak baiklah nangka, Kerana nangka si panjang tangkai; Pada budak baiklah janda, Kerana janda si panjang akal.
Kurik Kundi Merah SagaDari cempedak baiklah nangka, Nangka juga panjang tangkainya; Dari budak baiklah janda, Janda juga banyak akalnya.
Kurik Kundi Merah SagaDari cempedak baik nangka, Nangka panjang tangkainya; Dari budak baik orang tua, Orang tua panjang akalnya.
123

Kembali ke atas