[ce.pu] | چڤو
Definisi : 1. sj cembul utk tempat tembakau dll (dibuat drpd perak, kayu, dll); 2. sj kotak drpd mengkuang dll (utk membawa makanan, pakaian, dll); ~ debunga bahagian stamen yg mengandungi debunga, anter; bagai ~ dgn tudungnya prb sesuai benar (cocok sekali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ce.pu] | چڤو
Definisi : 1 cembul yg dibuat drpd logam atau kayu utk bekas tembakau dll. 2 kotak yg dibuat drpd mengkuang utk bekas pakaian (makanan dll). ~ debunga bahagian bunga jantan atau stamen yg pdnya terdapat debunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)