Kurik Kundi Merah Saga | Cik Esah menuju ke pekan, Tumbuh kulat di kaki kuda; Cik Esah cik tuan pesan, Kirim surat kupinang muda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik-cik hilir ke pekan, Daun nangka berjari-jari; Rupa cantik tak boleh makan, Budi bahasa hendak dicari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Bah anak Cik Daud, Cucu pula pada Cik Anjang; Musim bah dagang tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau cik tuan selasih dana, Cik Tom bertali tiga; Kalau cik tuan kasihkan kami, Jangan diragut dua tiga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau cik tuan selasih dana, Cik Tom bertali tiga; Kalau cik tuan kasihkan kami, Jangan diragut dua tiga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Ali anak Cik Hassan, Hendak menggulai kambing jantan; Sahabat baik saya berpesan, Santan mabuk jangan dimakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Siti anak Cik Hanafiah, Bangkit pagi menjahit kupiah; Laksana buah masak sebelah, Hendak kutelan serba salah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Dol anak Cik Tahir, Tangkap belalang di celah batu; Emas sekati intan setahil, Cari tukang ikatkan satu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Mahat tukang rumah, Cik Ali tukang tingkap; Minta maaf seisi rumah, Minta izin saya cakap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau Cik Jah ke rumah Cik Maimun, Singgah ke kedai membeli bunga; Mati gajah tulangnya menimbun, Mati hamba nak tinggalkan nama. |