Kurik Kundi Merah Saga | Pokok ciku pokok kuini, Buahnya gugur ke dalam paya; Kalau kutahu nasib begini, Tidak guna hidup di dunia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok ciku pokok meranti, Dititi oleh anak undan; Setiap waktu duduk menanti, Menanti tiba janjinya tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cabut ciku tanam halia, Cabutlah serai di umbut manis; Masuk tidur ingatkan dia, Tunduk ke tikar duduk menangis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lang Buana mengait ciku, Gugur sebiji ke Majapahit; Hilang warna manikam biru, Terkena sinar intan yang baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau sungguh bagai ciku, Papan di Jawa saya serahkan; Kalau sungguh cakap begitu, Badan dan nyawa saya serahkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau sungguh bagai ciku, Papan di Jawa saya serahkan; Kalau sungguh cakap begitu, Badan dan nyawa saya serahkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hinggap mari di hujung ciku, Mari hinggap di ranting tua; Hendak mati di hujung kuku, Satu kubur kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa merah dalam padi, Buah ciku dengan bedak; Apa dimarah pada kami, Sekali marah sekali tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jatuh bertukar si jambu mawar, Masak diembun bersama ciku; Masa jujur disangka penawar, Rupanya racun di dalam madu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tekukur terbang melambut, Mari hinggap di pokok ciku; Hendak mati di hujung rambut, Hendak berkubur di hujung kuku. |