Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cincin

Puisi
 

Cincin perak cincin suasa,
     Mari dipakai sebelah kanan;
Biar rosak sama binasa,
     Kasih tiada lepas di tangan.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Bagai mendapat cincin ijuk.

Bermaksud :

Mendapat barang yang tidak berguna.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCincin ini cincin ditempa, Cincin ini ikat suasa; Kalau buah putik diranggah, Masam manis tak tentu rasa.
Kurik Kundi Merah SagaCincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaCincin patah cincin permata, Sayang gandaran putus talinya; Makin lawa makin tercinta, Dengar-dengaran bunyi-bunyinya.
Kurik Kundi Merah SagaSirih saya sirih Cina, Sirih datang dari Kuantan; Cincin saya cincin bertanya, Ada tidak menaruh intan.
Kurik Kundi Merah SagaPakai cincin di jari manis, Cincin suasa permata dua; Adik runsing jangan menangis, Nanti tiba masa kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaPakai cincin di jari manis, Cincin suasa bermata dua; Jangan runsing jangan ditangis, Biarlah rahsia kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali main guli, Main guli masuk lubang; Apa peduli cincin di jari, Cincin di jari diberi abang.
Kurik Kundi Merah SagaCincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan.
Kurik Kundi Merah SagaCincin intan sarung di jari, Bila pakai nampak cahayanya; Sungguh durian buah berduri, Dengan tupai alah deknya.
Kurik Kundi Merah SagaCincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya?
123456

Kembali ke atas