Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunan­nya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cindai I

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke bukit mencari inai, Inai tidak berbunga lagi; Sungguh ada sutera cindai, Cindai tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke Tanjung membeli sirih, Belum dapat kuning gagangnya; Habis gudang cindai kupilih, Belum dapat sering benangnya.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke bukit memetik bunga, Bawa orang pulang ke hulu; Kalau cindai tidak berguna, Sutera belacu terbuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail tepi pantai, Dapat seekor ikan todak; Sungguh halus sutera cindai, Kalau buruk terbuang juga.
Kurik Kundi Merah SagaUlar lidi di pohon binjai, Mari terlanggar gugur ke tanah; Biar sejari kain cindai, Banyak berkodi apa gunanya.
Kurik Kundi Merah SagaSayang sekoci perahu Melayu, Sarat muatan belayar balik; Habis sekodi pilih sekayu, Belum dapat cindai yang baik.
Kurik Kundi Merah SagaKapal kecil kemudi kayu, Hendak belayar tanah seberang; Kain sekodi pilih sekayu, Boleh dapat cindai terbilang.
Kurik Kundi Merah SagaAda satu panglima Pulai, Pelihara janggut serta misai; Begitu banyak kain di kedai, Berkain kasar dengan cindai.

Kembali ke atas