Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cium] | چيوم

Definisi : ; bercium 1. menyedut dgn hidung antara satu dgn lain (utk menyatakan rindu, sayang, dll): semuanya berpeluk ~ dgn Indrajit; 2. berkucup; bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau saling mengucup (utk melahirkan perasaan kasih, berahi, rindu, dsb): cinta bebas bukanlah bererti bebas berpeluk-pelukan dan ~; mencium 1. menyedut sesuatu dgn hidung (utk mengetahui bau): kalau tidak dicium, manakan tahu busuk wanginya bedak ini; 2. menyedut pipi (ubun-ubun dll) orang dgn hidung: maka baginda pun segeralah memeluk dan ~ anakanda dgn tangisnya; 3. melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu, mengucup; 4. ki mendapat berita (khabar, tahu, keterangan, dll), mengetahui sesuatu hal yg terselindung (dirahsiakan dll), menjejaki (menyelidiki) rahsia, perkara, hal, dll: belum pun dia habis bercakap, saya sudah dapat ~ maksudnya yg sebenar; 5. bp melanggar, ber­antuk, terbentur (pd): kalau kena penumbuknya, ~ tanah mukamu nanti; 6. menikmati: melainkan tidak akan ~ bau syurga; menciumi 1. mencium berulang kali: dia ~ anaknya utk melepaskan perasaan rindu dendamnya; 2. ki menjejaki (mencari-cari, mengusut) sesuatu perkara: mata-mata gelap sedang ~ jejak orang yg disyaki bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu; tercium 1. dapat mencium, mendapat bau; 2. mencium atau dicium dgn tidak sengaja; 3. ki mendapat tahu (maklumat, keterangan, dll), telah diketahui: telah ~ olehnya jejak kita; ciuman 1. sedutan dgn hidung; 2. kucupan; perciuman perbuatan bercium; penciuman 1. perihal (perbuatan) mencium(i); 2. pencium: ~ Si Tenggang sangat tajam; pencium 1. deria bau, pancaindera utk mencium: tiap-tiap manusia memiliki hidung sbg alat ~; 2. orang yg mencium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cium] | چيوم

Definisi : perbuatan menyedut dgn hi­dung (utk mengetahui bau atau utk menyatakan kasih sayang). bercium 1 me­nyedut dgn hidung antara satu dgn yg lain (utk melepaskan rasa rindu, sayang dll): Selepas berpeluk ~ dgn anak-anaknya, beliau pun berangkat pergi. 2 berkucup. bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau sa­ling mengucup (antara dua orang utk melepaskan rasa rindu dan sayang); berkucup-kucupan: Mereka berpeluk-pelukan dan ~. mencium 1 menyedut dgn hidung utk mengetahui baunya; menangkap bau dgn hidung: ~ bunga cempaka. 2 meletakkan hidung pd pipi: Ia memeluk dan ~ anak itu. 3 melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu; mengucup. 4 ki mendapat atau mengetahui (sesuatu berita dll): Belum apa-apa lagi, kami sudah dpt ~ maksudnya. menciumi 1 mencium berkali-kali. 2 ki mencari-cari (sesuatu keterangan dsb). menciumkan membiarkan atau menyebabkan dicium: Jururawat tsb telah ~ ubat bius kpd orang sakit itu. tercium 1 (sudah) dicium; tidak sengaja mencium; mendapat bau. 2 ki terdengar khabar; mendapat keterangan. ciuman 1 sedutan dgn hidung; hasil mencium. 2 kucupan. penciuman perbuatan atau hal mencium. pencium 1 pancaindera utk mencium. 2 orang yg mencium. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cium

Puisi
 

Burung pucung terbang melintang,
     Sudah melintang membujur pula;
Cium hidung bayar hutang,
     Cium pipi berhutang pula.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Cubit paha sendiri dulu,
     baru cubit paha orang lain.

Bermaksud :

Pandang pada diri sendiri dulu, sebelum memandang pada orang lain. (Bandingkan dengan: Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau abang membeli jarum, Boleh adik membeli tali; Kalau abang minta nak cium, Upah cium tendang sekali.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pucung terbang melintang, Sudah melintang membujur pula; Cium hidung bayar hutang, Cium pipi berhutang pula.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur tunggal kelapa tunggal, Tindan-menindan limau manis; Cium tinggal pangku tinggal, Tinggal adinda yang manis.
Kurik Kundi Merah SagaBeli terung beli kucai, Makan mari bulan puasa; Kena cium orang bermisai, Tiga tahun terasa-rasa.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tiung terlompat-lompat, Minum air dalam cerana; Hendak cium tidak bertempat, Ada tempat orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tiung julai asam, Anak panah Seri Rama; Tunduk cium mukanya masam, Datang fitnah dari mana.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pasir takluk Kedah, Kulit siput di muka pintu; Peluk leher cium penyudah, Perkara laut tidak menentu.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana tajam puteri, Dari pokok ke tepi; Dari mana abangku cium tadi, Dari hidung sampai ke pipi.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil beliung tetak ke kempas, Jatuh ke kaki haram tak luka; Sungguh cium bertukar nafas, Jatuh ke hati haram tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk berniaga dalam pekan, Pakai seluar warna biru; Jangan jadi bunga di hutan, Nampak merah cium tak bau.
12

Kembali ke atas